1. Simpulan bahasa
Definisi: Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Hal ini bermakna terdapat makna yang tersirat dalam setiap perkataan yang digunakan.
Contoh : (i) ada angin : berperangai luar biasa pada masa-masa tertentu.
(ii) anak buah : anak saudara , orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua
(iii) buah tangan : hasil usaha, hadiah atau barang yang dibawa pulang daripada perjalanan.
2. Perumpamaan
Perumpamaan ialah kata dalam sesuatu ayat yang memberikan makna khas dan berlainan daripada apa yang diguna atau ditulis atau membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain.
Contoh: (i) seperti kelopak pandan : keelokan paras seseorang perempuan.
(ii) seperti gajah masuk kampung : bertindak sesuka hati.
(iii) genggam api biar sampai jadi bara : melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.
3. Pepatah
Pepatah ialah susunan bahasa yang mudah "melekat di mulut" dan menjadi sebutan yang dihayati.
Contoh
: (i) Ada padang ada belalang,ada air ada ikan, ada batang mati,adalah cendawan tumbuh :
setiap kawasan atau tempat mempunyai adat resamnya sendiri.
(ii) Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama.
: seseorang yang meninggal dunia kelak akan meninggalkan nama yang baik atau buruk.
4. Bidalan
Bidalan ialah bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam,tepat,mengandungi perbandingan,teladan,[pengajaran,nasihat dan kata-kata hikmat.
Contoh:
(i) biar lambat asalkan selamat.
(ii) Alur bertempuh ,jalan bertempuh.
(iii) Berani menjual berani membeli.
(iv) Ingat sebelum kena,jimat sebelum habis.
sumber : Kamus Peribahasa Oxford Fajar
No comments:
Post a Comment