Dalam papan tanda di atas, apakah kesalahan yang kamu semua nampak? Jika tidak diperhati dengan betul, kita tidak akan menjumpai kesalahan bahasa yang digunakan dalam ayat tersebut. Kesalahan dari segi kata ganda dan penggunaan sempang dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang amat penting. Oleh itu, kita sebagai seorang pelajar hendaklah selalu peka mengenai isu-isu tersebut supaya kesalahan kecil dapat diperbaiki.
Dalam perkataan 'bilik' di atas, penggunaan sempang tidak diletakkan l.Saya dapat merasakan pihak kolej juga tahu mengenai isu kesalahan bahasa Melau ini. Sepatutnya, kesalahan ini hendaklah diperbetulkan dengan segera.
"Bilik bilik" dalam papan tanda di atas hendaklah diletakkan sempang kerana perkataan "bilik bilik" merupakan kata ganda. Sepatutnya penggunaan kata ganda yang betul ialah "Bilik-bilik".
Maksud 'sempang' ialah tanda ~ garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung; dan juga senkang. Sempang juga berfungsi untuk menghubungkan suku kata (kata).
No comments:
Post a Comment