6 Mac 2012
Situasi pelat sebenarnya seringkali berlaku
dalam kalangan masyarakat di sekitar kita. Situasinya
yang ingin aku ceritakan ialah seorang pelajar yang membuat pembentangan ketika
kelas Karya Agung bersama Prof. Abdullah Hassan mengalami masalah pelat 's'.Pelajar perempuan itu sukar sekali menyebut
perkataan 'Sultan Mansur Syah' kerana masalah abjad 's' yang terdapat pada kata
nama 'Mansur' sehingga menyebabkan pensyarah
terpaksa memperbetulaknnya berkali-kali. Dia menyebut perkataan Mansur dengan
sebutan 'Manshur' sedangkan sebutan yang sebenar adalah 's' dan bukannya 'sh'.
masalah pelat berpunca daripada alat artikulasi seperti lidah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pelat membawa
maksud kurang betul ketika mengucapkan kata-kata. Masalah pelat ini mungkin
berpunca daripada masalah alat artikulasi kita. Adakalanya, ia mungkin berpunca
daripada masalah kefahaman dan kebiasaan
kita terhadap sesuatu bahasa. Misalnya, orang cina atau india yang pelat
berbahasa Melayu kerana lidah mereka sudah terbiasa bertutur dalam bahasa
ibunda mereka dan kurang menggunakan bahasa Melayu. Namun, dalam situasi di
atas, masalah pelat yang dialaminya sebenarnya berpunca daripada alat
artikulasinya lalu menyebabkan dia gagal menyebut abjad 's' dengan betul.
No comments:
Post a Comment