Dalam entri kali ini, saya ingin bercerita berkenaan dengan seorang India yang membuka kedai runcit berdekatan rumah sewa saya di Taman Bernam. Kedai runcit ini hanya terletak beberapa ratus meter dari rumah saya. Memandangkan jaraknya yang dekat, saya kerap untuk ke sana bagi membeli barang keperluan harian. Tetapi, sesuatu yang saya rasa agak janggal, India ini kurang bercakap,gayanya yang agak sombong dan pendiam sama sekali tidak bersesuaian dengan profesion beliau sebagai peniaga. Ye lah dah orang berniaga sepatutnya kena la peramah untuk menarik hati pelanggan. Dia hanya menjawab dengan pendek dan ringkas apabila ditanya soalan terutama berkenaan dengan barang dan harga. Contohnya:
Pelanggan: Air ni berapa sekotak? takkan tinggal yang ni je?
Peniaga : Satu dua. Tada (Tak Ada).
Pelanggan: Uncle mintak tolong mesin kelapa.
Peniaga : Ta mau (Sambil menggeleng kepala) (Tidak mahu).
Satu hari, selepas selesai solat Jumaat, saya ke kedai untuk membeli air dan rokok yang kehabisan. Memandangkan kedainya tiada pelanggan ketika itu, saya pun sengaja menegurnya untuk mengajak berbual-bual. Saya menyapanya dengan panggilan uncle.
Saya : Tak ada orang ke hari ni? Sorang saja ke?
Uncle: (Hanya menggeleng kepala sambil tersenyum).
Ketika itu, saya mengagak beliau mungkin tidak fasih berbahasa Melayu lalu saya cuba menyapanya dalam bahasa Inggeris.
Saya : So, how's your day today?
Uncle : Good, good. Very good.
Saya : Where do you come from? Do you speak English?
Uncle: I came from India. Of course I can speak English. This is our official language in India.
Saya : Do you speak Malay too?
Uncle: A little, boleh la sikit-sikit, but not so fluent.
Saya: No wonder I seeing you quietly and always silently. (sambil tersenyum) How long you've been here?
Uncle : About 3 months. I came here to work. It is very difficult to comunicate for the 1st time in here, but after taking some times, I'm learnig Malay little by little.
Saya: Do you muslim?
Uncle: Alhamdulillah I am muslim. (sambil tersenyum lagi)
Saya : Well, I've got some work to do, see you again later.
Saya terpaksa mengakhiri perbualan kerana mempunyai kelas ketika itu. Tapi ternyata uncle yang sebelum imi saya anggap agak sombong rupa-rupanya agak peramah dan mesra. Dia menjadi pendiam disebabkan tidak tahu berbahasa Melayu.
bukan gambar sebenar. :-)
No comments:
Post a Comment