Friday, 16 March 2012

Kesan Kerosakan Alat Artikulasi

Situasi 9



   Sengau merupakan satu masalah yang menjadi faktor kepada kegagalan sesuatu komunikasi. Punca utama sengau ialah kecatatan alat pertutuan atau sumbing. Sumbing sering dikaitkan dengan berbagai -bagai pengalaman yang dilalui oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya. Ada yang mengatakan bahawa keadaan ini akibat daripada ‘kenan’ seperti  arnab pernah melompat di hadapan si isteri sewaktu dia mengandung. Tidak kurang pula yang mendakwa ini sebagai pembalasan terhadap sesuatu dosa yang pernah dilakukan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Berbagai -bagai lagi kepercayaan yang pelik -pelik dikemukakan. Tetapi, hakikatnya sumbing bibir dan rabit lelangit berlaku dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau 
kedudukan.

Sumbing bibir boleh menimbulkan berbagai -bagai masalah sosial dan emosi pada kanak -kanak yang terlibat. Kurang keyakinan diri, rasa rendah diri dan merasakan dirinya hodoh boleh menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya. Oleh itu, doktor menyarankan supaya sumbing bibir diperbetulkan dari peringkat bayi lagi.Selain itu, sokongan moral juga perlu diberikan terhadap mereka yang sengau supaya mereka yang terlalu merendah diri mempunyai satu motivasi yang tinggi untuk meneruskan kehidupan.


p/s:  terdapat juga rakan-rakan saya mempunyai masalah kerosakan alat artikulasi seperti yang dinyatakan di atas namun tiada masalah untuk berkomunikasi dengannya.. :-)

No comments:

Post a Comment