Wednesday 21 March 2012

Kurang Ajar

Situasi 12


   Walaupun sudah hampir setahun saya meninggalkan kolej untuk tinggal di luar iaitu di rumah sewa, tiba-tiba pada hari ini saya teringatkan satu peristiwa yang berlaku ketika saya masih lagi tinggal di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Ceritanya begini: 



Ketika itu, saya baru sahaja selesai mencuci pakaian di dobi blok 2 di Kolej Harun Aminurrashid. Semasa melalui tempat menonton televisyen yang terletak di blok perempuan, saya terdegar satu perbualan antara pelajar lelaki dengan seorang pelajar perempuan yang memegang jawatan ahli jawatankuasa kolej (JMK).

JMK : Maaf dik, di sini lelaki tak boleh duduk. Ini kawasan budak perempuan je.

Pelajar lelaki : Kenapa? Kalau saya duduk sini, budak perempuan boleh mengandung ke?

Situasi ini jelas menunjukkan seorang pelajar yang kurang sopan dalam pertuturan dan agak kasar bahasanya.Bagi pelajar yang pernah tinggal atau masih lagi menetap di kolej,kita sedia maklum undang-undang di kolej bahawa ruangan menonton televisyen bagi pelajar perempuan merupakan kawasan larangan bagi pelajar lelaki. Walaupun kita nampak jawapan pelajar itu agak logik dan releven, namun cara percakapannya itu seolah-olah menyindir mungkin kerana tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan. Inilah manusia. Apabila teguran diberi dengan baik, mereka kadang kala ego sehingga mencari alasan lain atau mencari isu lain untuk menutup kesalahan dan keegoan dalam diri. 

Bukankah apabila meminta maaf setelah melakukan kesalahan adalah perbuatan yang mulia? :-)




No comments:

Post a Comment