Hari: Isnin
Tarikh: 5 Mac 2012
Jam: 2 pagi
Tempat; Restoran Cahaya Tanjung Malim
Jam menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi. aku bersama tiga rakan menuju ke kadai 'mamak' untuk mengisi perut yang berkeroncong seperti lagu 'seroja'yang didendangkan Jamal Abdillah. setibanya di restoran, kami terus memanggil salah seorang pekerja. salah seorang kawan saya memanggil dengan panggilan yang saya rasa agak kasar. " wei macha , tak mau ambik order lagi ke? dan " dahlah memori low, ambiklah kertas tulis". saya rasa lebih kurang macam begitulah kata-kata yang dikeluarkan salah seorang kawan saya. kita sendiri tahu,mamak kedai makan memang tak akan melawan apa yang kita cakap sebaliknya akan mengangguk sahaja seperti dia tahu semua yang kita cakap. sebab itulah ramai yang sering berkunjung ke kedai mamak kerana layanannya sangat sempurna.
Di sini jelas menunjukkan sikap dan budi bahasa yang dipandang remeh oleh rakan saya. Walaupun kita (kami dan pekerja di restoran tersebut) berlainan bangsa, tetapi sebagai warganegara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama kita seharusnya mengamalkan adab, budi bicara dan kesantunan dalam berbahasa. Hal ini kerana masyarakat Melayu terkenal dengan budi pekerti yang terpuji dan sopan-santunnya. Bahasa melambangkan kebudayaan sesuatu bangsa. Jangan suatu hari nanti disebabkan mulut badan binasa.
No comments:
Post a Comment