Thursday 8 March 2012

Orang bukan Melayu yang berbahasa Melayu

Situasi 5
Peter James Butler

   Siapa yang tidak mengenali beliau? Peter James Butler merupakan bekas jurulatih pasukan Kelantan yang berasal daripada England. Walaubagaimanapun, walaupun berketurunan Inggeris, "mat Salleh' ini agak fasih berbahasa Melayu. Walaupun beliau bercakap bahasa Melayu yang diselang-seli dengan pelat Inggeris dan kadang-kala berlaku percampuran bahasa antara Melayu Inggeris beliau wajar dipuji. Hal ini kerana sesetengah rakyat Malaysia  malu untuk berbahasa Melayu berbeza dengan beliau yang lebih selesa berbahasa Melayu ketika ditemu ramah oleh wartawan. Beliau fasih berbahasa Melayu terutama bahasa Indonesia disebabkan beliau telah menetap lama di Indonesia ketika mengemudi pasukan bola sepak Persiba Balikpapan FC. 

   Apa yang saya ingin tegaskan di sini, kita sebagai penutur natif bahasa Melayu seharusnya berbangga kerana orang asing iaitu bangsa yang pernah menjajah kita ketika dahulu pun tidak segan-silu berbahasa Melayu berbeza dengan masyarakat kita yang lebih bangga berbahasa Inggeris berbanding bahasa kita sendiri. Orang putih pun pandai cakap Melayu la....



No comments:

Post a Comment