Sunday, 15 April 2012

Penggunaan tanda sempang (-)

Situasi 24


Dalam papan tanda di atas, apakah kesalahan yang kamu semua nampak? Jika tidak diperhati dengan betul, kita tidak akan menjumpai kesalahan bahasa yang digunakan dalam ayat tersebut.  Kesalahan dari segi kata ganda dan penggunaan sempang dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang amat penting. Oleh itu, kita sebagai seorang pelajar hendaklah selalu peka mengenai isu-isu tersebut supaya kesalahan kecil dapat diperbaiki. 

Dalam perkataan 'bilik' di atas, penggunaan sempang tidak diletakkan l.Saya dapat merasakan pihak kolej juga tahu mengenai isu kesalahan bahasa Melau ini. Sepatutnya, kesalahan ini hendaklah diperbetulkan dengan segera.

"Bilik bilik" dalam papan tanda di atas hendaklah diletakkan sempang kerana perkataan "bilik bilik" merupakan kata ganda. Sepatutnya penggunaan kata ganda yang betul ialah "Bilik-bilik".
Maksud 'sempang' ialah tanda ~ garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung; dan juga senkang. Sempang juga berfungsi untuk menghubungkan suku kata (kata).

Peribahasa Melayu lama yang dimodenkan

Situasi 23  


 Semasa saya sedang sibuk melayari internet untuk menyiapkan tugasan semalam, saya terjumpa beberapa jenis peribahasa Melayu lama yang telah dimodenkan oleh generasi muda. Berikut merupakan peribahasa Melayu yang telah dimodenkan mengikut peredaran zaman.

  
   Saya bukanlah anti kepada kemajuan atau tidak mahu mengikuti peredaran zaman namun dalam sesuatu perkara yang tertentu kita wajar mempertahankan seni sastera warisan Melayu kita. Mungkin niat individu yang mengubah keindahan peribahasa Melayu yang sedia ada bertujuan untuk membuat lawak tetapi dalam perkara tertentu kita seharusnya serius dan tidak boleh main-main kerana perbuatan sedemikian seakan-akan menghina seni sastera generasi terdahulu. 

Bila bercakap bahasa rojak

Situasi 22




Sebelum cuti, telah berlangsung pembentangan subjek penaksiran. Semasa pembentangan tersebut, salah seorang daripada pembentang telah mengatakan bahawa penggunaan kata sendi ke dan kepada merupakan perkara 'Basic'. Walaupun penggunaan 'Basic' merupakan masalah kecil dalam percakapan seharian, namun jika dibiarkan berterusan, ia akan menjadi kebiasaan dalam kalangan penutur terutamanya penutur dalam kalangan orang Melayu.

  Penggunaan bahasa rojak dalam percakapan seharian pada hari ini menjadi kebiasaan kepada penutur dalam kalangan orang Melayu. Hal yang demikian kerana pengaruh bahasa Inggeris masih kuat dalam diri penutur tersebut. Penggunaan perkataan 'Basic' boleh ditukar kepada perkataan 'Asas'.

lebih baik makan rojak daripada bercakap bahasa rojak

Monday, 2 April 2012

Peribahasa Melayu Kita

Situasi 21

1. Simpulan bahasa

Definisi: Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Hal ini bermakna terdapat makna yang tersirat dalam setiap perkataan yang digunakan.

Contoh :  (i) ada angin : berperangai luar biasa pada masa-masa tertentu.
              (ii) anak buah : anak saudara , orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua
              (iii) buah tangan : hasil usaha, hadiah atau barang yang dibawa pulang daripada perjalanan.

2. Perumpamaan

Perumpamaan ialah kata dalam sesuatu ayat yang memberikan makna khas dan berlainan daripada apa yang diguna atau ditulis atau membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain.

Contoh: (i)  seperti kelopak pandan : keelokan paras seseorang perempuan.
             (ii) seperti gajah masuk kampung : bertindak sesuka hati.
              (iii) genggam api biar sampai jadi bara : melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.

3. Pepatah

Pepatah ialah susunan bahasa yang mudah "melekat di mulut" dan menjadi sebutan yang dihayati.

Contoh
: (i) Ada  padang ada belalang,ada air ada ikan, ada batang mati,adalah cendawan tumbuh :
                  setiap kawasan atau tempat mempunyai adat resamnya sendiri.

   (ii) Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan  nama.
          : seseorang yang meninggal dunia kelak akan meninggalkan nama yang baik atau buruk.

4. Bidalan

Bidalan ialah bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam,tepat,mengandungi perbandingan,teladan,[pengajaran,nasihat dan kata-kata hikmat.

Contoh:
 (i) biar lambat asalkan selamat.
(ii) Alur bertempuh ,jalan bertempuh.
(iii) Berani menjual berani membeli.
(iv) Ingat sebelum kena,jimat sebelum habis.

sumber : Kamus Peribahasa Oxford Fajar

    

Sabarlah wahai pengguna jalan raya

Situasi 20


  Cepat dan lancar merupakan faktor utama para pengguna jalan raya untuk menggunakan lebuh raya. Memecut sesuka hati dengan bantuan jalan yang elok serta tiada lampu isyarat menyebabkan segelintir pemandu gemar menggunakan lebuh raya berdasarkan faktor tersebut. Sebagaimana yang telah kita ketahui, lebuh raya berperanan untuk mempercepat perjalanan dan tidak semestinya memerlukan pemandu untuk memecut laju sesuka hati. Walaupun 'beribu' kempen telah dijalankan, namun sikap degil segelintir masih lagi tebal dalam diri mereka.

  Selain itu, sikap memotong di lorong kecemasan juga menyebabkan mereka sentiasa dilabel sebagai samseng jalanan oleh pemandu yang berhemah. Sudah berulang kali diberitahu bahawa lorong tersebut hanya untuk kecemasan. Bukan hanya golongan muda yang menggunakan lorong tersebut tetapi golongan tua yang tidak sedar diri turut menggunakan lorong kecemasan tersebut. Apakah didikan daripada kempen yang telah diadakan oleh pihak kerajaan tidak lut kepada mereka? Tidak terfikirkah mereka yang membawa anak di dalam kereta yang menggunakan lorong kecemasan memberi kesan negatif kepada anak mereka sebagaimana pepatah Melayu "bapak borek anak rintik"?

Orang lain pun ada hal masing-masing juga.

Orang Arab kecek Kelate

   Situasi 19

  Suatu masa dahulu, TV3 pernah menyiarkan berkenaan kehiudupan pelajar Malaysia di Mesir yang menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar. Dalam dokumentari tersebut, terdapat 1 penemuan yang sangat membanggakan rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan. Hal ini kerana pihak media TV3 berjaya menemui seorang pemuda Arab yang fasih bertutur bahasa Melayu terutama dalam dialek Kelantan di bumi Afrika tersebut. Pemuda ini fasih berbahasa Melayu disebabkan pernah menuntut di Institusi Pengajian Tinggi UIA dan juga sering bergaul dengan rakan-rakan yang berasal dari Kelantan.



Bangganya kita bila ada orang asing cakap bahasa kita, orang Melayu sendiri pula yang lebih mengutamakan bahasa asing di negara sendiri.

Tuesday, 27 March 2012

Sakit Berut

Situasi 18





SAKIT BERUT….
Gambar ini saya lihat di dalam koleksi gambar kawan saya di Twitter sekaligus mengingatkan saya mengenai tugasan sosiolinguistik. Jelas sekali menunjukkan kesalahan pengejaan kosa kata ‘berut' iaitu kata dasar sebenarnya ialah 'perut'. kesalahan ini mungkin disebabkan oleh pengaruh dialek Cina dalam bahasa Melayu. percakapan yang dituturkan seharian diterjemahkan di dalam bentuk tulisan. kesalahan ini wajar dielakkan kerana papan tanda ini ialah iklan untuk kedainya dan dipaparkan kepada orang ramai. hal seperti ini boleh menjatuhkan martabat bahasa Melayu itu sendiri di mana iklan yang dilihat oleh orang ramai mengalami kesalahan bahasa yang begitu ketara....