Tuesday 27 March 2012

Sakit Berut

Situasi 18





SAKIT BERUT….
Gambar ini saya lihat di dalam koleksi gambar kawan saya di Twitter sekaligus mengingatkan saya mengenai tugasan sosiolinguistik. Jelas sekali menunjukkan kesalahan pengejaan kosa kata ‘berut' iaitu kata dasar sebenarnya ialah 'perut'. kesalahan ini mungkin disebabkan oleh pengaruh dialek Cina dalam bahasa Melayu. percakapan yang dituturkan seharian diterjemahkan di dalam bentuk tulisan. kesalahan ini wajar dielakkan kerana papan tanda ini ialah iklan untuk kedainya dan dipaparkan kepada orang ramai. hal seperti ini boleh menjatuhkan martabat bahasa Melayu itu sendiri di mana iklan yang dilihat oleh orang ramai mengalami kesalahan bahasa yang begitu ketara....

Bahasa Melayu yang gagal

Situasi 17


Semasa saya sedang melayari internet, saya rasa tertarik dengan gambar papan tanda ini. 



Bagi saya, ia merupakan sesuatu yang sangat melucukan. Mungkin orang yang menulis ini seorang yang berbangsa Cina atau India.  Hal ini kerana makna yang ingin disampaikan oleh orang yang menulis papan tanda ini ialah Dilarang meletakkan kenderaan,harap maaf dan ia merupakan arahan dari bos.

Jangan parking = tidak boleh meletak kenderaan.
Takboli = tak boleh
Sori = harap maaf 

Inilah contoh keunikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.  ^_^

Monday 26 March 2012

Sama tapi tak serupa

Situasi 16


Perkara ini saya rasakan agak menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Sedarkah kita semua bahawa sesetengah perkataan mempunyai bentuk,ejaan dan bunyi yang sama tetapi walaubagaimanapun berbeza maknanya mengikut dialek masing-masing. Di sini saya senaraikan beberapa perkataan yang saya tahu. 



BIL
BAHASA BAKU
DIALEK KEDAH
DIALEK KELANTAN
DIALEK TERANGGANU
DIALEK JOHOR
CATATAN

1

Hampa
( Kecewa )

Hampa
( Kata ganti nama orang kedua yang lebih pada seorang)

Hampa
( Kecewa )

Hampe
( Padi yang tidak berisi )

Hampe
( Kecewa )

- Hampa merujuk kepada
  perasaan kecewa atau
  berputus-asa.
- Bagi negeri Kedah hampa
  merujuk  kepada ganti nama
  orang kedua.
-Contoh ayat.
  Tak pa hampa pi la dulu na.
- Bagi negeri Terengganu 
   pula hampa merujuk
   kepada sesuatu yang tidak
   berisi.
- Contoh ayat:
- Musim ni padi jadi hampa
  belake.



2

Gerak
( Memulakan perjalanan )

Gerak
( Mengejutkan seseorang daripada tidur )

Gerak
( Mengejutkan seseorang daripada tidur )

Gerok
( Mengejutkan seseorang daripada tidur )

Gerak
( Memulakan perjalanan)

- Gerak merujuk kepada
   perbuatan misalnya
   memulakan perjalanan atau
   bertolak pergi.
- Bagi negeri Kedah dan
  Terengganu perkataan
  gerak itu merujuk kepada

 mengejutkan seseorang
  daripada tidur.
- Contoh ayat:
- Cuba gerak adik tu, tidoq 
  dari petang tadi lagi.
- Bas itu sudah bergerak
  sejak pagi tadi lagi


3

Rewang
( Gotong royong sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis )


Rewang
( Berjalan-jalan tanpa arah tujuan)

-
        
-

Rewang
( Gotong -royong semasa mengadakan kenduri )

- Bagi negeri Kedah
  perkataan rewang itu
  merujuk kepada berjalan-
  jalan tanpa arah tuju.
- Contoh ayat:
- Hampa nak pi merewang
  kat na tu.
- Bagi negeri Johor pula,
   rewang bermaksud gotong-
   royong semasa
   mengadakan sesuatu
   majlis.
- Contoh ayat:
- Mereka mengadakan
   rewang di rumah Pak Abu.


4

Coklat
( Gula-gula yang dibuat atau disalut dengan coklat)

Coklat
( Boleh juga merujuk kepada gula-gula)

Coklat
( Boleh juga merujuk kepada gula-gula)

Coklat
( Boleh juga merujuk kepada gula-gula)

Coklat
( Manisan yang diperbuat daripada buah koko)

- Coklat merujuk kepada      
  benda makan atau manisan.
- Bagi negeri Kedah coklat
   juga boleh merujuk kepada
   gula-gula.

- Contoh ayat:
- Coklat ni sekupang berapa
   bijik.
- Tolong ambik coklat dan
   masukkan dalam adunan
   tepung tadi.


5

Lagu
( Merujuk kepada sejenis irama muzik)

Lagu
( Macam ini)

Lagu 
( Macam ini)

Lagu
( Macam ini)

Lagu


- Lagu merujuk kepada
  sejenis irama muzik.
- Bagi negeri Kedah 
  perkataan lagu merujuk
  kepada kata macam ni.
- Contoh ayat :
  Awat hang jadi lagu ni.


6

Hak
( Merujuk kepada milik atau kepunyaan seseorang)

Hak
( Merujuk kepada sesuatu benda)

Hok
( Merujuk kepada sesuatu benda)

Hok
( Merujuk kepada sesuatu benda)

Hak
( Merujuk kepada milik atau kepunyaan)

- Hak merujuk kepada milik
  atau kepunyaan seseorang.
- Bagi negeri Kedah
   perkataan hak juga boleh
   merujuk kepada sesuatu
   benda.
- Contoh ayat:
- Saya nak tudung hak warna
   merah tu. 


p/s : Lihatlah bertapa kayanya bahasa kita :-)

Sunday 25 March 2012

Nada suara

Situasi 15


   Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nada suara ketika bercakap merupakan tajuk yang akan saya bincangkan pada hari ini. Nada suara ketika bercakap atau berbual merupakan satu elemen penting dalam etika berkomunikasi. Nada juga dapat membezakan sesuatu perkara yang disampaikan. Nada perlu disesuaikan dengan situasi. Sebagai contoh, sekiranya sedang marah, nada suara yang lembut tidak sesuai diguna pakai. Oleh itu, apabila bercakap, kita perlu mengawal nada supaya orang lain tidak salah faham terhadap tujuan yang ingin disampaikan. 


Wednesday 21 March 2012

Diam bukan bermaksud sombong

Situasi 14


  Dalam entri kali ini, saya ingin bercerita berkenaan dengan seorang India yang membuka kedai runcit berdekatan rumah sewa saya di Taman Bernam. Kedai runcit ini hanya terletak beberapa ratus meter dari rumah saya. Memandangkan jaraknya yang dekat,  saya kerap untuk ke sana bagi membeli barang keperluan harian. Tetapi, sesuatu yang saya rasa agak janggal, India ini kurang bercakap,gayanya yang agak sombong dan pendiam sama sekali tidak bersesuaian dengan profesion beliau sebagai peniaga. Ye lah dah orang berniaga sepatutnya kena la peramah untuk menarik hati pelanggan. Dia hanya menjawab dengan pendek dan ringkas apabila ditanya soalan terutama berkenaan dengan barang dan harga. Contohnya:


Pelanggan: Air ni berapa sekotak? takkan tinggal yang ni je?
Peniaga : Satu dua. Tada (Tak Ada).


Pelanggan: Uncle mintak tolong mesin kelapa.
Peniaga : Ta mau (Sambil menggeleng kepala) (Tidak mahu).



  Satu hari, selepas selesai solat Jumaat, saya ke kedai untuk membeli air dan rokok yang kehabisan. Memandangkan kedainya tiada pelanggan ketika itu, saya pun sengaja menegurnya untuk mengajak berbual-bual. Saya menyapanya dengan panggilan uncle.

Saya : Tak ada orang ke hari ni? Sorang saja ke?

Uncle: (Hanya menggeleng kepala sambil tersenyum).


Ketika itu, saya mengagak beliau mungkin tidak fasih berbahasa Melayu lalu saya cuba menyapanya dalam bahasa Inggeris. 


Saya : So, how's your day today?
Uncle : Good, good. Very good.
Saya : Where do you come from? Do you speak English?
Uncle: I came from India. Of course I can speak English. This is our official language in India.
Saya : Do you speak Malay too?
Uncle: A little, boleh la sikit-sikit, but not so fluent.
Saya: No wonder I seeing you quietly and always silently. (sambil tersenyum) How long you've been here?
Uncle : About 3 months. I came here to work. It is very difficult to comunicate for the 1st time in here, but after taking some times, I'm learnig Malay little by little. 
Saya: Do you muslim?
Uncle: Alhamdulillah I am muslim. (sambil tersenyum lagi)
Saya : Well, I've got some work to do, see you again later. 


Saya terpaksa mengakhiri perbualan kerana mempunyai kelas ketika itu. Tapi ternyata  uncle yang sebelum imi saya anggap agak sombong rupa-rupanya agak peramah dan mesra. Dia menjadi pendiam disebabkan tidak tahu berbahasa Melayu. 

bukan gambar sebenar. :-)


Ini barulah budaya kita

Situasi 13



Semasa berada di sebuah bengkel motosikal yang terletak berhampiran pekan Tanjung Malim, saya terlihat satu situasi yang menunjukkan seorang pemuda yang bertimbang rasa dan berbahasa sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Ceritanya begini:

Pemuda : Bang, boleh tengok motosikal saya ni? Tak tahu la tiba-tiba je buat hal.

Mekanik : Ok la dik, nanti abang tengok.

Sedang mekanik itu hendak membaiki motosikal pemuda itu, datang seorang Pak Cik Tua dengan keadaan tergesa-gesa.

Pak Cik Tua : Nak, boleh tukar tiup motor pak cik ni? Pancit pula tadi, tapi pak cik nak cepat ni, nak pergi ambil anak pak cik kat sekolah.

Mekanik : Tapi pak cik kena la tunggu dulu kejap sebab saya nak repair motor adik ni dulu.

Pemuda : Tak pe la bang, abang baiki la dulu motor pak cik tu. Kesian anaknya sedang tunggu kat sekolah tu. Lagipun saya bukannya ada nak buat apa-apa kerja pun lepas ni.

Mekanik : Ok la kalau macam tu.

Sikap pemuda yang bertimbang rasa ini perlu dicontohi oleh remaja pada masa ini. Dia menyedari bahawa Pak Cik itu perlu cepat untuk mengambil anaknya ke sekolah. Saya begitu kagum dengan sikap pemuda itu. Walaupun pemuda itu kelihatan selekeh dan tidak bergaya, namun dia mempunyai hati yang baik dan pertuturannya dengan orang yang lebih tua agak sopan. 

Rupa-rupanya masih ada lagi pemuda yang berhati mulia seperti beliau 
pada zaman ini. Inilah contoh nilai-nilai murni seperti baik hati,bertimbang rasa,
menghormati orang yang lebih tua,tolong-menolong, berbudi bahasa dan sopan-santun. :-)




Kurang Ajar

Situasi 12


   Walaupun sudah hampir setahun saya meninggalkan kolej untuk tinggal di luar iaitu di rumah sewa, tiba-tiba pada hari ini saya teringatkan satu peristiwa yang berlaku ketika saya masih lagi tinggal di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Ceritanya begini: 



Ketika itu, saya baru sahaja selesai mencuci pakaian di dobi blok 2 di Kolej Harun Aminurrashid. Semasa melalui tempat menonton televisyen yang terletak di blok perempuan, saya terdegar satu perbualan antara pelajar lelaki dengan seorang pelajar perempuan yang memegang jawatan ahli jawatankuasa kolej (JMK).

JMK : Maaf dik, di sini lelaki tak boleh duduk. Ini kawasan budak perempuan je.

Pelajar lelaki : Kenapa? Kalau saya duduk sini, budak perempuan boleh mengandung ke?

Situasi ini jelas menunjukkan seorang pelajar yang kurang sopan dalam pertuturan dan agak kasar bahasanya.Bagi pelajar yang pernah tinggal atau masih lagi menetap di kolej,kita sedia maklum undang-undang di kolej bahawa ruangan menonton televisyen bagi pelajar perempuan merupakan kawasan larangan bagi pelajar lelaki. Walaupun kita nampak jawapan pelajar itu agak logik dan releven, namun cara percakapannya itu seolah-olah menyindir mungkin kerana tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan. Inilah manusia. Apabila teguran diberi dengan baik, mereka kadang kala ego sehingga mencari alasan lain atau mencari isu lain untuk menutup kesalahan dan keegoan dalam diri. 

Bukankah apabila meminta maaf setelah melakukan kesalahan adalah perbuatan yang mulia? :-)




Monday 19 March 2012

Guru yang rasis

Situasi 11



LONDON: Seorang guru tadika di Britain dilarang mengajar selama dua tahun selepas dia didapati menyembur penyegar udara ke arah sekumpulan murid Asia termasuk dari India dan Bangladesh dengan alasan mereka berbau kari.  Majlis Guru Am Bagi Wales (GCTW) diberitahu bahawa Elizabeth Davies, 50, menyembur penyegar udara setiap pagi ke arah murid terbabit selepas mendakwa mereka berbau ‘kari atau bawang’. “Perbuatan beliau tidak mencerminkan sikap seorang guru selain menjejaskan maruah kanak-kanak berkenaan yang mesti sentiasa dilindungi,” kata Pengerusi GCTW, Peter Williams. – Agensi

Pada pendapat saya, kes sebegini harus diberi perhatian oleh semua guru yang kurang sensetif tentang pelajar semasa tempoh pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, tindakannya tidak salah. Walaubagaimanapun, kelakuannya yang menyatakan tujuan beliau menyembur pewangi tersebut menyebabkan beliau dikritik ramai pihak. Setiap guru hendaklah menghormati makanan dan budaya yang diamalkan oleh setiap pelajar terutama sekiranya mereka mengajar di sekolah yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Kitakan 1 Malaysia.. :-)


Friday 16 March 2012

Mahalnya makan....

Situasi 10 



Ketika saya menunggu giliran untuk membayar makanan di sebuah kedai, saya terlihat seorang pelajar yang meninggikan suaranya semasa bercakap dengan Mak Cik yang berada di kaunter kedai itu.

 Pelajar : Kenapa mahal sangat ni mak cik? Orang lain tak sampai pun 7 ringgit.

Mak cik : Ye la, kan anak ambil lauk banyak ni. Mak cik kira ikut lauk yang anak ambil ni.

Pelajar : Kalau banyak pun, tak kan sampai 10 ringgit.

Mak cik : Tak pe la kalau macam tu. Mak cik ambil la 8 ringgit ni. Simpan baki tu!

Walaupun pelajar tersebut mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi di dalam pergaulan serta pertuturan dengan orang yang lebih tua jelas menunjukkan bahawa pelajar tersebut rendah akhlaknya dan kurang berbudi bahasa serta menggunakan bahasa yang kurang sopan untuk didengar.



dah ambil banyak, bayar pun kena banyak la...nak murah masak je kat rumah sendiri.

Kesan Kerosakan Alat Artikulasi

Situasi 9



   Sengau merupakan satu masalah yang menjadi faktor kepada kegagalan sesuatu komunikasi. Punca utama sengau ialah kecatatan alat pertutuan atau sumbing. Sumbing sering dikaitkan dengan berbagai -bagai pengalaman yang dilalui oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya. Ada yang mengatakan bahawa keadaan ini akibat daripada ‘kenan’ seperti  arnab pernah melompat di hadapan si isteri sewaktu dia mengandung. Tidak kurang pula yang mendakwa ini sebagai pembalasan terhadap sesuatu dosa yang pernah dilakukan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Berbagai -bagai lagi kepercayaan yang pelik -pelik dikemukakan. Tetapi, hakikatnya sumbing bibir dan rabit lelangit berlaku dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau 
kedudukan.

Sumbing bibir boleh menimbulkan berbagai -bagai masalah sosial dan emosi pada kanak -kanak yang terlibat. Kurang keyakinan diri, rasa rendah diri dan merasakan dirinya hodoh boleh menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya. Oleh itu, doktor menyarankan supaya sumbing bibir diperbetulkan dari peringkat bayi lagi.Selain itu, sokongan moral juga perlu diberikan terhadap mereka yang sengau supaya mereka yang terlalu merendah diri mempunyai satu motivasi yang tinggi untuk meneruskan kehidupan.


p/s:  terdapat juga rakan-rakan saya mempunyai masalah kerosakan alat artikulasi seperti yang dinyatakan di atas namun tiada masalah untuk berkomunikasi dengannya.. :-)

Wednesday 14 March 2012

Sikap Penting Diri Sendiri

Situasi 8

   Sebilangan kita masih mengamalkan sikap suka ambil kesempatan, demi mementingkan diri sendiri. Sehingga tergamak mengenepikan nilai-nilai keluhuran kemanusiaan. Sama ada melalui kelemahan orang lain atau atas 'keperluan terdesak' pihak-pihak tertentu, pihak yang suka ambil kesempatan itu tidak peduli siapa mereka. Yang penting keuntungan diri diutamakan.


   Ibarat si kuat yang suka ambil kesempatan ke atas si lemah, begitulah juga dengan mereka yang berkuasa yang sanggup menggunakan kuasanya untuk keuntungan dan kepentingan diri. Begitu juga si peniaga yang sering menggunakan peluang dan kesempatan untuk menaikkan harga barang, terutama ketika ramai pengguna amat memerlukannya. Pengguna sering berdepan dengan situasi sedemikian pada masa-masa tertentu. Golongan susah akan menerima akibatnya.


   Di manakah keprihatinan dan nilai kemanusiaan mereka yang suka ambil kesempatan itu? Mereka sanggup melontarkan kejujuran dan moral diri demi mengutamakan keuntungan dan kepentingan diri semata-mata. Selagi bernama manusia, kita semua seharusnya memiliki sifat bertimbang rasa dan sering bertoleransi. Pasti akan terserlah nikmat dan rahmatmya!

Tuesday 13 March 2012

Dialek


Situasi 7 


   Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau satu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard, loghat dan pelat daerah. Walaubagaimanapun, saya merasakan dialek ini merupakan sesuatu yang unik. Contohnya kawan-kawan serumah dengan saya yang mana kami berasal daripada pelbagai negeri yang bertutur dengan dialek masing-masing seperti Kelantan, Terengganu dan juga saya Kedah. Walaupun kami bertutur  dengan dialek masing-masing namun lama-kelamaan ia sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan seharian kami yang mana kami telah boleh saling memahaminya. Sebagai contoh :




Mikel asal Kelantan 
Dialeknya: "Demo nak gi mano? Tubik tok ajok kawe, berat la     demo ni."
                    " kawe nok tubik bentar deh, demo jange kelik dulu."






Zul asal Terengganu
Dialeknya: " Pik, mung nak gi mana? natang pari Rashid ni tak  mboh ikut kita."
                     " Aku doh makang ikang mung beli tadi boh."


Wan asal Kedah 
Dialeknya: " Hang ni Azizi deret dok buat pala tau."
                    " Hangpa tak ajak aku pun noh, pelaq sungguh."




Begitulah keunikan rakan-rakan di rumah saya. Tetapi jika dikehendaki melakukan pembentangan di dalam kelas, kesemuanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu standard. Sekian :-)





Monday 12 March 2012

Peribahasa Melayu lambang jati diri bangsa Melayu


Situasi 6. 

Semasa saya sedang membelek kamus peribahasa Melayu yang telah saya lama saya beli,saya rasa tertarik dengan beberapa peribahasa yang terdapat dalam buku ini. Antaranya:

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Cintailah bahasa kita ;-)